Assalamualaikum...
Tanggal 15 Oktober 2010 (Jumaat), perginya seorang insan yang bergelar bapa kepada sepupuku, Lynn... Syukur Alhamdulillah kami diberi kesempatan menatap wajah arwah sebelum dikebumikan. Al-fatihah untuk arwah. Semoga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman, tempat2 yang Allah beri kerahmatan dan keredhaan. Ameen Ya Rabbal Alamin... Harap Lynn dan keluarga terutama emak Lynn, sabar dan tabah menghadapi ujian yang Allah berikan ini...
Sangat tersentuh hati semasa membaca catatan diari arwah sebelum balik semula ke KL hari ahad yang lalu :
"18/12/2007 - Hari ni anak lin mula duduk bersama keluarga yang melahirkannya. Kami bersyukur kepada Allah kerana kesempatan, Kami dan keluarga amat gembira dapat hidup bersamanya. Mudah-mudahan mendapat Rahmat Allah, keberkatan berkekalan selama-lamanya."
Setiap yang bernyawa pasti akan mati kerana kematian adalah sesuatu yang pasti...
"Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah al-Munafiqun: 11) "
Wallahualam..
Kepada seseorang, maafkan segala kekhilafan diri ini... i'm always with u all the time... :'(
P/S : Saat arwah dikebumikan aku teringat arwah ayah.... Rindunya arwah bak... Semoga tenang di sana... Ameen... :'(




0 comments:
Post a Comment