Assalamualaikum....
Malam ni baru aku berkesempatan nak post entry pasal gi outstation Sabah pada hari kedua umat islam berpuasa iaitu 23 Ogos 2009. Aku pergi ke Sabah atas urusan kerja (ajar sistem) bersama Dila, opismate aku. Kami naik MAS dari KLIA ke Kota Kinabalu. Then naik MAS Wings dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu. Sampai je airport Lahad Datu, orang felda dah tunggu kat situ. Then naik van Felda ke Sahabat Beach Resort. Mase naik van ni rase macam kat Litar F1 jerk... Laju betul driver ni bawak van. Huhuhu....
Yang menariknya semasa di Sabah :
~ Bukak pose awal dalam kul 6.15 - 6.17. Aku dibagitau kat Lahad Datu ni waktu paling awal sekali berbuka kat Malaysia ni...
~ Tido pun awal daaaa... Lepak2 lepas berbuka tengok baru kul 8pm... Tengok TV jap then mata terus lentok... hehehe...
~ Orang2 sana sangat2 baik... Sangat menghargai tetamu... Time nak berbuka and sahur siap kol lagi bilik kitaorg ajak turun makan. Yang paling terharu last day diorang masak pucuk manis Sabah (lain bebenar dengan pucuk manis kat semenanjung) special utk aku ngan dila. Siap call bilik lagi tanye nak masak apa.... Lagi satu diorang ni sangat2 peramah... best ler sembang ngan diorang... Sebelum balik macam2 buah tangan yang diorang kasi... terharu betul....
~ Ada sorang anak murid aku ni asyik duk ajuk je aku cakap "On syajaaaak". Maksudnya "On saja". Sebelum tu ada sorang anak murid aku yang lagi sorang ni cakap "Cikgu, on syajaaak cikgu". Aku pun cakap "ya.. on syajaaak". Tu yang duk kena ajuk tu... heheheh...
~ Dapat jumpa besfren aku mase kat UIA, Ham dan husband, Mr Samsu. Thanks sebab sudi luangkan masa jumpa aku sebelum berlepas ke Kota Kinabalu....
Yang TAK menarik semasa di Sabah :
~ Masa last day di Sabah, time tu on da way gi airport Lahad Datu dari Wilayah Sahabat, aku dikejutkan berita ayah aku masuk Hospital Kuantan...
~ Duit banyak habis beli mutiara, kerongsang kristal, butang baju melayu kristal dan lain2... x pe ler skali skala, bukan selalu pun datang Sabah.... hehehhe...
Hopefully dapat datang lagi Sabah lagi lepas ni coz datang atas urusan keje takde mase sangat nak jalan2... Hehehe... Kat bawah ni ada skit gambar kenangan semasa di Sabah :
Kenangan bersama RGM Wilayah Sahabat dan "student2" aku...
Merentasi lautan...




2 comments:
eh..ko jupe ham..bestnyer..
nanti korang pi sabah leh ler jumpe... syokkk pi sabah... hehhehe
Post a Comment