Wednesday, September 2, 2009

Innalillah....

Assalamualaikum.....

Bulan ni memang aku jarang update blog. Aku selalu outstation sejak akhir2 ni. Aceli aku nak citer pasal kenangan gi sabah last week. Tapi ada citer lain yang aku akan post dulu kat sini. InsyaAllah kalau ada masa aku akan post pasal kenangan gi Sabah.

Hari rabu yang lalu aku dikejutkan berita ayah aku dimasukkan ke hospital Kuantan. Masa tu aku masih di Sabah atas urusan kerja. Aku balik ke KL pada hari yang sama dan keesokkan harinya aku terus balik ke Kuantan. Tempat pertama yang aku singgah tentunya Hospital Kuantan untuk menziarahi ayahku yang sedang sakit. Betapa sedihnya hatiku melihat ayah yang selama ini bersusah payah mencari nafkah membesarkan anak2 yang ramai terbaring di atas katil dalam keadaan yang sangat menyayat hati. Paling aku tidak boleh lupa saat nurse membasahkan bibir ayah aku dengan air menggunakan straw sedangkan pada ketika itu ayah aku sangat2 dahagakan air. Terketar2 bibirnya menghirup air yang dititiskan itu. Aceli mase tu doktor suruh dia berpuasa sebelum memasukkan camera dalam perut untuk melihat keadaan ususnya. That's why dia tidak boleh makan dan minum. Saat yang sangat menyayat hati.....

Kami sekali lagi dikejutkan berita yang ayah aku akan menjalani operation pada jam 1.30 pagi. Disebabkan tidak dapat menahan kesakitan yang dialaminya, ayah aku dengan segera sign borang pembedahan yang diberikan oleh doktor. Doktor minta mak aku sign form tersebut sebagai saksi. Bila doktor terangkan yang pembedahan ini berisiko, mak aku cakap yang dia tak sanggup jadi saksi. Then, ayah aku bagitau doktor "anak saya ada diluar". Doktor pun mengejutkan abang aku yang tengah tidur di luar bilik wad. Abang aku pun menerangkan kepada mak aku apa rasionalnya pembedahan itu. Akhirnya mak aku setuju dengan pembedahan itu.

Pada malam itu aku tidur di rumah akak aku di Pekan. Malam yang aku rasakan malam yang sangat panjang. Aku tidak dapat melelapkan mata memikirkan ayah yang sedang berjuang nyawa pada ketika itu. Hanya pada Allah aku mohon agar pembedahan itu berjaya. Pada jam 5 pagi aku terima call daripada abang aku yang mengatakan pembedahan telah berjaya. Alhamdulillah, aku mengucap syukur. Ayah aku ditempatkan di ICU selepas operation.

Aku sampai hospital lebih kurang 1.15pm. Hanya 2 orang pelawat dibenarkan masuk dalam satu2 masa. Apabila masuk dalam bilik ICU tu, aku tidak dapat menahan sebak melihat banyak wayar, saluran dan macam2 lagi yang diletakkan pada ayah aku. Aku tanya nurse apa komplikasi ayah aku lepas pembedahan. Nurse bagitau "Saya tak boleh nak bagitau, doktor akan explain pada isteri pesakit petang nanti". Masa itu sudah terdetik sesuatu dalam fikiranku. Tapi aku cuba menidakkan apa yang aku pikirkan itu. Ya Allah....

Masuk hari kedua di ICU, keadaan ayah aku kulihat seolah2 ada improvement dari hari sebelumnya. Tekanan darah bertambah.... Dia respon apabila kami panggil namanya, pegang tangannya... seolah2 ingin membalas panggilan dan bisikkan kami. Aku bisikkan kalimah syahadah dan bacaan yasin di telinganya. Semoga dia mendengar bisikan dan bacaan itu...

Dalam perjalanan pulang ke rumah akak aku malam tu selepas berbuka puasa, aku dikejutkan dengan panggilan telefon oleh adik aku. Dia bagitau doktor panggil mak dan 2 orang adik aku yang berada di hospital ketika itu... Doktor cakap keadaan ayah aku sangat kritikal, sudah tiada harapan.. tapi dia cakap dia akan cuba sedaya upaya... Aku dan bersama 2 orang akak aku kembali ke hospital pada malam tu. Kami tunggu di bilik menunggu ICU. Pagi esoknya, satu lagi kejutan yang aku terima... doktor panggil mak dan abang aku masuk bilik ICU. Tapi mak aku minta adik aku masuk bersama abang aku kerana mak aku seolah2 sudah tahu apa yang akan diberitahu oleh doktor. Pada masa itu jantung aku berdegup laju. Terlintas sesuatu dalam fikiranku. Ya Allah.... selamatkanlah ayahku.....

Keesokkan pagi, tanggal 1 September 2009 bersamaan 11 Ramadhan 1430H, doktor panggil semua ahli keluarga aku masuk ke dalam bilik ICU. Doktor bagitau yang dia sudah cuba sedaya upaya tetapi Allah lebih menyayangi ayahku. Pada ketika itu, esakkan demi esakkan kedengaran di bilik ICU itu. Kami dibenarkan mencium ayah seorang demi seorang... Kami cuba tabahkan diri untuk menerima hakikat ini walaupun pahit untuk dihadapi....

Dalam perjalanan pulang ke Kuala Rompin, kereta aku excident dirempuh dari tepi kiri oleh satu kereta... Kereta aku scratch teruk jugak ler sampai nampak besi.... redha je ler....Ya penting orang dalam kereta selamat... kereta boleh ditukar ganti... tapi nyawa pastinya tidak boleh....

Lebih kurang jam 1 tengahari jenazah ayah aku sampai. Aku lihat wajahnya yang tenang... Tapi aku rasa macam tidak percaya dengan apa yang berlaku.... rasa macam mimpi jer... tapi itulah hakikat hidup yang harus aku hadapi.... Ya Allah, tabahkan hati seluruh ahli keluargaku. terutama sekali ibuku.... Saat mencium dahi arwah ayahku buat kali terakhir, aku tidak dapat menahan sebak.... Saat mukanya ditutup dengan kain kafan, aku tidak dapat menahan air mataku mengalir laju.... Air mataku kembali mengalir laju saat tanah telah menutupi liang lahad arwah ayahku....

Teringat kata2 arwah ayahku yang diceritakan oleh akak dan abang aku semasa di wad.... Dia cakap dia akan meninggal sebelum raya... Dia pesan suruh kami jaga mak aku kalau dia dah tiada nanti... Aceli aku ada belikan sepasang baju melayu dan sepasang capal sebelum aku pergi sabah untuk arwah ayahku.... Sedihnya arwah tidak sempat memakainya dan tidak dapat bersama2 kami di hari raya nanti....Ya Allah, aku redha dengan ketentuanMu....

Ya Allah....
Ampunkan segala dosa2 arwah ayahku...
Kau tempatkan dia bersama2 dengan orang2 yang beriman...
Orang2 yang Kau beri Rahmat dan Nikmatmu Ya Allah....
Semoga rohnya aman dan bahagia di sana...
Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Kepada sahabat2 semua... diharap sudi sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ayah saya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian....


** Rabbani - Pergi Tak Kembali **

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi


p/s : sedihnya masa hantar cousin aku kat stesen bas petang tadi... teringat arwah akan tunggu bas aku naik tu gerak baru dia balik....

1 comments:

Myra Ixorra a.k.a InTaN said...

Thanks kepada yang beri ucapan takziah, doa n kata2 semangat.... Hanya Allah yang akan balas kebaikkan kalian... Ape2 pun kite yg hidup ni perlu teruskan hidup... untuk yang telah tiada jangan dilupa sedekahkan fatihah untuk mereka... Wallahualam...