Saturday, August 1, 2009

NUR KASIH

Assalamualaikum...

Kat sini aku nak citer skit citer yang aku syok layan sekarang ni. Aceli sebelum ni aku tak tau pun kewujudan citer NUR KASIH ni sebelum ni... Aku tau pun masa sorang opismate aku tanya ada tak lagu NUR KASIH... Biase ler aku ni pembekal lagu yang berjaya kat opis aku tu.. huhuhu... Lepas sorang member aku citer sinopsis citer ni... Then hati aku tergerak untuk tengok citer NUR KASIH ni...

So aku pun download ler citer ni... coz aku sampai sekarang tak pernah tengok kat tv... tak berkesempatan... Bagi aku citer ni memang best... aku boleh bagi 5 bintang coz plot citer berciri islamik yang menarik, pelakon yang bijak menjiwai watak dan yang penting setiap pengakhiran sebuah episod membuatkan kite tak sabar nak tengok episod seterusnya...

NUR KASIH mengisahkan sepasang suami isteri yang mempunyai 2 orang anak lelaki yang berbeza perwatakkan. Si abang (AIDIL, lakonan Fizz Fairuz) merupakan seorang yang mempunyai pewatakan yang islamik, anak yang baik dan sangat menghormati orang tuanya. Manakala si adik (ADAM, lakonan oleh Remy Ishak) ialah seorang yang bertentangan perwatakan dengan abangnya. ADAM tidak menyukai konsep islamik yang diserapkan kepadanya dan selalu berselisihan faham dengan ayahnya (lakonan Jalalludin Hassan).

Sebelum meninggal dunia, ayahnya minta ADAM berkahwin dengan NUR AMEENA (lakonan Tiz Zaqyah) iaitu anak bilal kampung yang berjiwa islamik dan mempunyai impian yang tinggi walaupun ayahnya mengetahui AIDIL sangat sukakan NUR AMEENA. Sebagai anak yang soleh, AIDIL redha dengan apa yang diputuskan oleh ayahnya. Manakala ADAM menentang sekeras - kerasnya permintaan ayahnya itu kerana dia telah mempunyai pilihan hati iaitu CATRINA (lakonan Syarifah Sofea) semasa belajar di Australia. Tetapi akhirnya adam bersetuju disebabkan oleh ayahnya yang tengah nazak ketika itu. NUR AMEENA pula pada mulanya tidak bersetuju dengan lamaran yang diterima oleh ibu bapanya kerana dia telah terima tawaran untuk sambung belajar di UIAM (bangga sey...UIA). Untuk tidak mengecewakan ibu dan ayahnya, akhirnya dia bersetuju dengan perkahwinan tersebut.

Selepas berkahwin, ADAM minta NUR AMEENA berlakon depan keluarga mereka untuk menunjukkan tiada masalah dengan perkahwinan mereka. Hanya AIDIL yang mengetahui segalanya antara mereka. Pada malam pertama perkahwinan mereka, ADAM marah NUR AMEENA kerana bersetuju dengan lamaran oleh keluarganya. "You're not my type" ini adalah salah satu kata2 yang dilemparkan oleh ADAM kepada NUR AMEENA.

ADAM decide untuk balik oversea seorang diri. Dia minta NUR AMEENA berpakat untuk bagitahu family yang mereka akan pergi bersama sedangkan NUR AMEENA terpaksa mencari haluan sendiri. Mereka berpisah di KL Sentral. NUR AMEENA decide untuk sambung study di UIA.

Di Australia, ADAM berkahwin dengan CATRINA. Meraka masih mengamalkan cara hidup barat yang menyimpang jauh dari ajaran islam. Semasa memandu dalam keadaan mabuk, mereka excident dan kandungan CATRINA yang tengah sarat pada ketika itu tidak dapat diselamatkan. CATRINA tidak dapat menerima apa yang berlaku. Kejadian ini menginsafkan ADAM atas segala dosa2 yang dilakukannya.

NUR AMEENA digantung tidak bertali selama 4 tahun. Selepas habis study di UIA, NUR AMEENA bekerja sebagai arkitek di Kuala Lumpur. Akhirnya dia mengambil keputusan balik kampung untuk berterus terang dengan familynya. Kebetulan, pada hari yang sama ADAM juga balik ke kampung bersama CATRINA . Buat sementara waktu CATRINA ditempatkan di hotel. Sebelum sempat NUR AMEENA berterus terang keadaan sebenarnya, AIDIL telah menghubunginya untuk menghalang NUR AMEENA menceritakan segalanya kepada keluarganya dan memberitahu kepulangan ADAM.

AIDIL membawa ADAM pergi ke rumah keluarga NUR AMEENA. Di situ buat pertama kalinya mereka berjumpa setelah 4 tahun mereka berpisah. Keluarga NUR AMEENA masih tidak mengetahui keadaan sebenar. Kemudian mereka pergi ke rumah keluarga ADAM. Setelah sampai NUR AMEENA bagitahu ADAM tujuan dia balik ke kampung ini adalah untuk berterus terang dengan family mereka dan tidak sanggup hidup dalam penipuan. ADAM menyatakan dia ada jalan menyelesaian "Kita hidup sebagai suami isteri yang sah". Ini kesudahan episod 10 yang disiarkan pada hari jumaat lalu.

Jom saksikan episod seterusnya citer ni pada jam 9 malam di TV3. Kepada yang ter"miss" episod yang lepas2, boleh tengok kat website tv3 ok.... layannnnnnn....




~ NUR KASIH - YASIN ~

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih


p/s : buat masa ni aku tak jupe lagi lagu yang full version.. saper2 yang ade boleh share yer... ^_^

2 comments:

^ez^ said...

uhuk uhuk

rindu kat uia tengok cite tu..

Myra Ixorra a.k.a InTaN said...

tu ler rindu kat uia... dah lame x pi..hehhehe...

syok ler tengok uia dalam citer ni... hehehhe