Friday, August 21, 2009

Akhirnya aku ditakdirkan jua menjadi seorang pendidik....

Assalamualaikum....

Bulan ni aku tak berkesempatan sangat untuk update blog. Busy skit dengan tugasan harian. Hari Rabu & Khamis lepas aku gi outstation kat Wilayah Mempaga, Pahang. Akhirnya impian mak aku untuk aku bergelar pendidik tercapai. Tapi untuk 2 hari sahaja. Hehehe... Aceli pada 2 hari ni aku kena train user sistem yang team aku buat kat semua rancangan felda di Wilayah Mempaga. Ada lebih kurang 36 orang "anak murid". Diorang ni ada yang panggil aku "Cikgu" or "Cik Intan". Yang panggil "Puan" pun ada. Aku iyakan ajer....hehehe... layaaaannnn....

Aceli training SEIS (Settler Entrepreneur Information System) diadakan sebabnya sekarang ni mission Felda yang diwar2kan ialah untuk jadikan Felda sebagai Gedung Makanan Negara dengan hasil2 keluaran Felda yang diusahakan oleh peneroka di semua rancangan. Banyak data yang tak update. Ada jugak yang salah update. Yang aku geli hatinya, ada 1 user ni bagitau dia key-in data untuk "Lembu", tapi bila tengok kat report keluar "Tempe". Hahahaha.... Lawak tul diorang ni.... That's why ler diorang ni kena training balik. Kira macam refreshment training ler. Tapi tak semua ler yang dah pernah gi training. Alhamdulillah akhirnya training berjalan dengan lancar walaupun ada di kalangan "anak murid" aku yang sedikit berusia... aku kena pahamkan dia slow2... Ada jugak user yang aku ajar lain, dia dah wat menda lain yang lagi advance.. biasa ler super user...dah expert, mesti boring nak tunggu ajar orang lain dari mula. x kisah ler.... asalkan korang paham dan hopefully x de masalah nak update sistem SEIS tu. Huhuhu...

So lepas ni aku akan kembara 1 Malaysia di wilayah2 lain untuk ajar sistem ni. Next destination aku akan pergi Wilayah Sahabat di Sabah pada hari esok (Ahad) sampai hari Rabu bersama teman seperjuanganku Fadilah yang terpaksa menemankan aku. Hehehe.... Sori dehhhh....

So kepada orang2 Sabah... i'm cominggggggggg......


p/s : Tak sabar nak jumpa sahabat aku kat Sabah...... Ham ^_^

0 comments: